Saturday, September 12, 2009

Senarai Peribahasa

Senarai Peribahasa dalam Buku teks Tingkatan 4

1. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakatMaksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.
2. Darah dagingMaksud : Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri.
3. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjingMaksud : mengalami susah senang bersama-sama.
4. meninggi diriMaksud : Sombong
5. bermuka duaMaksud : Tidak jujur.
6 baik hatiMaksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).
7. tulang belakangMaksud : Punca kekuatan/ orang harapan
8. bara yang digenggam biar sampai jadi arangMaksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.
9. bagai kaca terhempas ke batuMaksud : Sangat sedih atau kecewa.
10. melentur buluh biarlah dari rebungnyaMaksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.
11. duduk sama rendah, berdiri sama tinggiMaksud : dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat
12. seperti lembu dicucuk hidungMaksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang
13. yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjingMaksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.
14. dayung sudah di tangan, perahu sudah di airMaksud : segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.
15. terang hatiMaksud : Lekas pandai.
16. rendah hatiMaksud : Tidak sombong
17. murah hatiMaksud : Pemurah.
18. tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panasMaksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.
19. Tangan kosongMaksud : Hampa.

Senarai Peribahasa dalam Buku teks Tingkatan 5

1. lintah daratMaksud : Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.
2. bagai aur dengan tebingMaksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.
3. anak dagangMaksud : Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat
4. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiriMaksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.
5. kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantaiMaksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah
6. indah khabar daripada rupaMaksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.
7. hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecahMaksud : Pengagihan yang sama banyak.
8. bukit sama didaki, lurah sama dituruniMaksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.
9. kacang lupakan kulitMaksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan.
10. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjungMaksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.
11. masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguakMaksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan
12. ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semuaMaksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya.
13. memerah otakMaksud : Berfikir dengan bersungguh-sungguh.
14. kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunyaMaksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah
15. berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudianMaksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.
16. yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayangMaksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha
17. sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukitMaksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.
18. bak cendawan tumbuh selepas hujanMaksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.
19. bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.
20. yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciranMaksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.
21. mencari jalanMaksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.
22. biar mati anak, jangan mati adatMaksud : orang yang kuat perpegang pada adat.
23.sediakan payung sebelum hujanMaksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.
24. berbesar hatiMaksud : Gembira.
25. anak buahMaksud : a. Anak saudara. b. Pekerja di bawah jagaan kita.
26. tuan rumahMaksud : tempat berlangsungnya sesuatu acara
27. yang lama dikelek, yang baharu didukungMaksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.
28. batu penghalangMaksud : Halangan
29 untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikanMaksud : orang lelaki yang merisik bakal isterinya.
30. bagai ikan pulang ke lubukMaksud : a. Orang yang pulang ke tempat asal. b. Kehidupan yang senang.

Peribahasa

Menurut Za'ba, peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya.
Peribahasa tradisi merujuk kepada peribahasa yang digunakan dalam pertuturan sehari-harian atau secara bercetak sebelum tarikh kemerdekaan. Peribahasa moden pula merujuk yang dicipta selepas tarikh tersebut. Peribahasa merupakan sabahagian daripada bahasa kiasan dalam budaya Melayu.
Keindahan peribahasa merupakan cara sesuatu peribahasa itu digunakan, yang membina minda. Tetapi pada masa kini, pelbagai peribahasa dicipta yang memaksa pelajar-pelajar menghafalkan seberapa banyak peribahasa seperti robot.
Peribahasa yang baru dicipta ini memberikan peluang kepada penerbit buku melariskan buku masing-masing dengan mengisi buku masing-masing dengan peribahasa moden yang janggal, dengan setiap penerbit menghasilkan peribahasa masing-masing.
Selain itu, peribahasa yang baru dicipta ini juga mendorong kepada merosakkan bahasa, kerana sesetengah daripadanya hanya dibuat secara serkap jarang tanpa sebarang penyeliaan oleh sebarang pihak.
Sebagai contoh (ciptaan sendiri):
Seperti tetikus tanpa wayar / Seperti tetikus lepas tambatan.
Penjelasan:Tetikus dahulu terikat kepada komputer dan tidak bebas bergerak. Bagaimanapun, tetikus moden tanpa wayar bebas bergerak tanpa perlu terikat dengan komputer.
Ertinya: Seseorang yang dahulunya terikat kini bebas hendak kemana-mana sahaja.
Contoh penggunaan: Aminah kini bebas pergi ke disko semenjak dia keluar dari rumah keluarganya dan berpindah di kampung kebandar, seperti tetikus lepas tambatan.

Teknik menulis pantun dan bahasa berirama

Pantun dan bahasa berirama sememangnya tidak dapat dipisahkan dalam apa-apa jua majlis. Pada zaman dahulu, pantun dan bahasa berirama dituturkan oleh masyarakat Melayu pada setiap masa tidak kira di mana-mana sahaja. Bahasanya yang indah, lembut dan tersusun menyebabkan masyarakat menggemarinya. Sememangnya, pantun dan bahasa berirama merupakan unsur keindahan bahasa yang amat sesuai digunakan dalam apa-apa jua teks. Penggunaan pantun dan bahasa berirama dalam teks pengacara majlis sudah tentu dapat menarik perhatian dan tumpuan hadirin agar terus bersama-sama menjayakan majlis tersebut dengan jayanya. Oleh itu, di sini diberikan sedikit panduan tentang teknik mencipta pantun dan bahasa berirama agar teks pengacara yang dihasilkan tidak terlalu sterotaip dan hambar.


Mencipta Pantun

Pantun ialah puisi berirama yang berangkap. Pantun boleh dibahagikan kepada pantun dua kerat, empat kerat, enam kerat, lapan kerat dan berkait. Dalam penulisan teks pengacara majlis, pantun yang kerap digunakan ialah pantun empat kerat. Hal ini kerana pantun empat kerat lebih mudah untuk dicipta. Sebelum mencipta pantun, kita harus mengetahui dengan jelas ciri-ciri pantun. Yang berikut merupakan ciri-ciri pantun yang perlu dipatuhi agar pantun yang terhasil tidak kedengaran sumbang.

1. Binaan pantun terdiri daripada pembayang dan maksud. Dalam pantun empat kerat, dua baris di atas ialah pembayang dan dua baris di bawah ialah maksud.

2. Rima akhir pantun empat kerat ialah ab ab, iaitu jika dalam baris pertama suku kata akhir ialah –kan (a) maka suka kata akhir dalam baris ketiga juga ialah –kan (a). Begitu juga jika suku kata akhir bagi baris kedua ialah –ri (b) maka suku kata akhir keempat juga semestinya –ri (b).

3. Setiap satu baris terdiri daripada tiga hingga enam patah perkataan sahaja.

4. Suku kata dalam sebaris pula antara lapan hingga 12 suku kata.

Pantun yang ingin dicipta pula harus bergantung kepada agenda sesuatu acara. Jika pantun yang ingin dicipta adalah untuk tujuan alu-aluan maka dalam maksud pantun harus disebut ucapan selamat datang. Pembayang pantun pula lebih baik menggunakan unsur keindahan alam. Jika tidak mampu, anda boleh menggunakan apa-apa sahaja unsur yang dirasakan sesuai dan menarik.

Contoh pantun:

Memasang pukat terkena lokan,
Lokan dibawa ke Tanjung Puri; } Pembayang
Selamat datang kami ucapkan,
Ke Majlis Anugerah Guru Bestari. } Maksud


Mencipta Bahasa Berirama

Bahasa berirama ialah kata-kata ibarat yang mempunyai rentak dan keindahannya yang tersendiri. Selalunya, kata-kata berirama ini diambil daripada ungkapan atau peribahasa yang digubah menjadi bahasa yang menarik.

Bahasa berirama sebenarnya tidak terikat seperti penciptaan pantun. Rima akhir bahasa berirama boleh berbentuk bebas atau terikat, iaitu aaaa. Yang penting dalam bahasa berirama, kata-kata yang digunakan harus indah dan sesuai dengan acara.

Contoh:

Benar kata orang, jika tak kenal maka tak cinta,
Kalau dah cinta, ingin pula bertentang mata,
Pabila bertentang mata, ingin pula mendengar suara.

Namun begitu, bahasa berirama tidak semestinya dicipta seperti di atas. Anda juga boleh menggunakan frasa-frasa menarik seperti meluah rasa mengungkap bicara, segera ditampilkan, namun apakan daya, kita telah di penghujung acara dan sebagainya.

Friday, September 11, 2009

Contoh Pantun Budi

Tenang-tenang air laut
Sampan kolek mudik ke tanjung
Hati terkenang mulut menyebut
Budi baik rasa nak junjung

Tanam lenggun tumbuh kelapa
Terbit bunga pucuk mati
Budi tuan saya tak lupa
Sudah terpaku di dalam hati

Dari Daik pulang ke Daik
Sehari-hari berkebun pisang
Budi baik dibalas baik
Dalam hati dikenang orang

Kapal belayar dari Arakan
Ambil gaji jadi jemudi
Mati ikan kerana umpan
Mati saya kerana budi

PENULISAN DALAM BAHASA MELAYU

Ayat

Ayat ialah unit pengucapan / tulisan paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap.Ayat mengandungi unsur klausa, unsur frasa dan perkataan. Terdiri daripada subjek dan predikat.


Binaan Ayat

Subjek dan predikat ialah dua bahagian yang mesti ada dalam setiapayat. Subjek ialah suatu binaan yang menjadi hal atau judul percakapan atau penulisan, dan predikat pula ialah suatu binaan yang menerangkan perkara tersebut.

Subjek
Predikat
Mirnawan Nawawi
pemain hoki berbakat di Malaysia
Penyair itu
sedang mendeklamasikan sajak



Golongan Ayat

Ayat Tunggal

Ayat tunggal atau ayat dasar, juga disebut ayat inti atau ayat mudah mengandungi satu klausa, iaitu hanya ada satu subjek dan satu prediakt. Contoh ayat tunggal adalah seperti yang berikut:

i. Dia / membaca akhbar itu.
ii. Ayah Hafiz / seorang kontraktor.


Pola Ayat Dasar

Ada empat pola ayat dasar dalam bahasa Melayu, iaitu:

POLA
CONTOH AYAT
Subjek + Predikat

1. Frasa Nama + Frasa Nama

2. Frasa Nama + Frasa Kerja


3. Frasa Nama + Frasa Adjektif

4. Frasa Nama + Frasa Sendi

Subjek / Predikat

Guru saya / Encik Zainal Abidin

Anak kecil itu / sedang mengaji Al-Quran

Pelajar itu / sangat rajin

Dia / dari Gombak



Jenis-jenis Ayat

Berdasarkan lagu bahasa dan tujuannya, ayat-ayat bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada empat jenis atau ragam sepert rajah dibawah:


1. Ayat Penyata

Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud untuk membuat satu pernyataan. Ayat jenis ini juga disebut ayat berita atau ayat keterangan, seperti dalam contoh-contoh berikut:
Za’ba tokoh agung bahasa Melayu.
Setiap 1 Syawal, umat Islam akan merayakan Aidil Fitri.
Shafiq sedang menguruskan perniagaan komputer milik bapanya.


2. Ayat Perintah

Ayat perintah ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Perintah ditujukan kepada orang kedua. Ayat perintah boleh dibahagikan kepada empat jenis iaitu:

a. Ayat Suruhan

Ayat yang diucapkan dengan tujuan memberi perintah atau arahan. Dalam ayat suruhan subjek biasanya digugurkan, tetapi untuk tujuan penegasan, subjek boleh juga diucapkan. Contoh ayat suruhan adalah seperti berikut:
Pergi dari sini!
Keluar dari bilik ini.
Baca cerpen itu sekarang.
Pujuk kanak-kanak itu.

b. Ayat Larangan

Ayat larangan ialah ayat yang menggunakan kata larangan seperti jangan, usah atau tak usah sebelum kata kerja dengan tujuan menegah seseorang daripada melakukan sesuatu, seperti dalam contoh di bawah:
Jangan ambil harta orang.
Usah dikenang lagi perkara itu.
Tak usah datang lagi.
Kamu jangan beritahu dia.

c. Ayat Silaan

Ayat silaan biasanya menggunakan kata silaan seperti sila atau jemput sebelum kata kerja dengan tujuan menjemput atau mempersilakan seseorang seperti dalam berikut:
Sila datang ke pejabat saya.
Sila buat laporan di sini.
Jemput datang ke majlis kenduri anak kami.
Jemput masuk ke café kami.

d. Ayat Pemintaan

Ayat permintaan ialah ayat yang menggunakan perkataan minta dan tolong dengan tujuan memohon permintaan dan pertolongan seperti dalam caontoh berikut:
Minta tuan benarkan kami masuk.
Minta kamu semua bertenang.
Tolong hantarkan jawapan anda segera.
Tolong selesaikan masalah ini.



3. Ayat Tanya

Ayat tanya digunkan utnuk tujuan menanyakan sesuatu hal. Ayat tanya dapat digolongkan kepada empat jenis iaitu:

a. Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya

Ayat tanya tanpa kata tanya lazimnya diucapkan dengan nada suara meninggi di akhir ayat, seperti dalam contoh di bawah:
Puan Salmah suri rumah?
Mereka masih di dalam gua?
Amri menjadi pelukis?

b. Ayat Tanya Dengan Kata Tanya

Ayat tanya dengan kata tanya ialah ayat tanya yang menggunakan kata tanya seperti apa, siapa, berapa, bila, bagaimana, di mana, dan sebagainya. Contohnya adalah seperti yang berikut:
Apa (kah) benda itu?
Siapa (kah) gurunya?
Berapa (kah) harga sebuah telefon bimbitnya?

c. Ayat Tanya Terbuka

Ayat tanya terbuka ialah ayat tanya yang jawapannya tidak terhad kepada ya atau tidak sahaja.
Gurunya siapa?
Dari mana (kah) mereka datang?
Bila (kah) kita hendak berehat?

d. Ayat Tanya Tertutup

Ayat tanya tertutup ialah ayat tanya yang jawapannya ya atau tidak / bukan sahaja.
Encik Razali askar (kah)?
Lisa (kah) yang menangis?
Sakit (kah) kanak-kanak itu?



4. Ayat Seruan

Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan melahirkan sesuatu keadaan perasaan seperti takut, marah, takjub, geram dan sebagainya. Biasanya di akhiri dengan tanda seruan (!) di akhir ayat, sama ada didahului dengan kata seru atau tidak. Kata seru yang seirng digunakan seperti oh, amboi, wah, cis, syabas dan sebagainya.
Oh, Tuhanku!
Wah, besarnya rumah abang!
Cis, berambus engkau dari sini!
Syabas, awak telah dinaikkan pangkat!



5. Ayat Majmuk

Ayat majmuk ialah ayat terbitan yang terdiri daripada dua ayat atau lebih ayat tunggal. Percantuman ayat-ayat tunggal itu dibuat dengan cara tertentu, antaranya dengan menggunakan kata hubung, kata fakta ‘bahawa’, kata relatif ‘yang’, tanda koma dan tambahan keterangan.
Ayat majmuk mempunyai lebih daripada satu subjek dan / atau predikt dans eirng diiringi keterangan. Ayat-ayat majmuk boleh dikelaskan kepada beberapa jenis berdasarkan cara pembentukannya. Bentuk ayat-ayat majmuk adalah seperti berikut:


a. Ayat Majmuk Gabungan

Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih yang digabungkan dengan kata hubung atau hentian nada suara sebagai penanda. Ayat-ayat tunggalnya boleh berdiri dengan sendirinya dan daripada jenis yang sama.

Menulis dan melukis menjadi kegemarannya.
Pegwai itu nampak bengis tetapi dia sangat peramah.
Ammar berdiri tegak, memandang hadapan, terus ke masjid.




b. Ayat Majmuk Pancangan

Ayat yang terdiri daripada satu ayat induk dan satu atau beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan atau menjadi sebahagian daripada ayat induk itu. Terdapat tiga bentuk ayat majmuk pancangan.

c. Ayat Majmuk Pancangan Relatif

Ayat relatif biasanya dikenal dengan penggunaan perkataan ‘yang’ yang memancangkan ayat kecilnya dan menggantikan bahagian frasa yang berulang.

Rakyat Afghanistan yang menderita itu sudah diberi bantuan.
*Rakyat Afghanistan sudah diberi bantuan (ayat induk).
*Rakyat Afghanisatan menderita (ayat kecil).

1. Perompak yang menembak polis itu telah ditangkap.
2. Orang yang rajin berusaha selalunya akan berjaya.
3. Amin memakai songkok yang dijahit oleh Pak Samad.

d. Ayat Majmuk Pancangan Komplemen

Ayat komplemen ialah sebahagian ayat dalam binaan ayat majmuk yang berfungsi sebagai ulasan yang melengkapkan ayat tersebut. Kata hubung komplemen seperti ‘bahawa’ ‘untuk’ dan ‘demi’ digunakan untuk memancangkan ayat komplemen.

1. Dia sudah mengetahui bahawa anaknya mendapat tempat di UIAM.
2. Sungguh mustahil untuk pengganas bertapak di negara Malaysia.
3. Dia sanggup melakukan apa sahaja demi melihat anaknya berjaya.

e. Ayat Majmuk Pancangan Keterangan

Ayat keterangan ialah ayat majmuk yang terdiri daripada satu ayat induk dan satu ayat kecil atau lebih yang berfungsi sebagai keterangan kepada predikat. Contoh kata hubung yang digunakan ialah ‘ketika’, ‘semoga’ ‘kerana’, ‘semasa’, ‘dengan’ dan ‘sungguhpun’.

1. Kakak selalu berdoa semoga kami semua selamat.
2. Mereka ke Mekah dengan menaiki kapal layar.
3. Sungguhpun badannya letih Rahman tetap menghadiri majlis tahlil itu.

f. Ayat Majmuk Campuran

Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat, iaitu yang terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau deretan berbagai-bagai jenis ayat majmuk. Ayat demikian biasanya panjang seperti dalam contoh-contoh berikut:

1. Aishah sedang membaca buku, tetapi kawan-kawannya sudah letih dan
telah lama tidur.
2. Kanak-kanak itu tersenyum kepada saya sambil menghulurkan
tangannya untuk bersalam, dan saya juga menghulurkan tangan saya
untuk bersalam dengannya.
3. Semua pelajar sedar bahawa peraturan-peraturan itu penting dan
mereka menyedari bahawa walaupun mereka tidak senang hati
dengannya, peratutan-peraturan itu mesti dipatuhi.

g. Ayat Majmuk Pasif

Ayat jenis ini boleh dibina jika wujud bentuk yang mengandungi kata kerja transitif. Pastikanlah supaya hanya bentuk pasif yang betul digunakan.

1. Kami ditegur oleh pensyarah itu kerana tertidur dalam bilik kuliah.
2. Komputer ini sering digunakan oleh pelajar ketika membuat kerja kursus.
3. Kajian yang rumit itu dijalankan di sebuah makmal kuliah kejuruteraan UIAM.

Apabila membentuk ayat majmuk, beberapa perkara perlu diberi perhatian. Antaranya termasuklah penggunaan kata hubung yang tepat, peletakan tanda koma yang betul, dan penggunaan penanda komplemen ‘bahawa’ dan kata relatif ‘yang’ yang sesuai. Kesilapan dalam hal-hal ini boleh menimbulkan makna yang berlainan daripada yang sepatutnya, dan tidak kurang juga menyebabkan kesalahan tatabahasa.
Walaupun ada kecenderungan bagi kita untuk membina ayat majmuk yang kompleks dan berlapis, haruslah diingat bahawa ayat yang sederhana dan ringkas lebih baik. Ayat yang kompleks dan berlapis biasanya panjang, berbelit-belit dan sering kali sukar difahami.

6. Ayat Pasif

Ayat pasif ialah ayat yang mengutamakan objek asal (iaitu objek dalam ayat aktifnya) sebagai perkara atau unsur yang diterangkan, manakala subjek asalnya tidak diutamakan. Contohnya:
i. Dia menyediakan laporan itu. (Ayat Aktif)
ii. Laporan itu disediakan olehnya. (Ayat Pasif)


a. Ayat Pasif dengan Kata Kerja Berimbuhan ‘di’ dan ‘ter’

i. Mereka ketinggalan komuter.
ii. Bajunya berjahit dengan benang sutera.
iii. Surat awak belum berjawab lagi.


b. Ayat Pasif dengan Kata Ganti Nama Orang Pertama dan Kedua

i. Kertas kerja itu sudah saya siapkan semalam.
ii. Persetujuannya harus awak sampaikan dengan segera.
iii. Beban ini akan kita tanggung bersama-sama.


7. Ayat Songsang

Ayat dalam bahasa Melayu, selain wujud dalam susunan biasa, ayat boleh juga hadir dalam susunan songsang melalui proses pendepanan predikat. Dalam susunan ayat songsang unsur-unsur dalam konstituen prediakt yang biasanya hadir selepas predikat dipindahkan ke hadapan subjek. Unsur-unsur yang dikedepankan itulah yang hendak diberi penegasan, iaitu melalui proses pendepanan, seperti yang berikut:


a. Pendepanan Seluruh Predikat

Baik sungguh perangai budak itu.
Sangat rajin perempuan tua itu.
Tidak berguna lagi penyesalannya.


b. Pendepanan Sebahagian Predikat

Pendepanan FK
Berkejar-kejaran kanak-kanak itu di padang.
Terpaut hatiku oleh keimanannya.
Membuka perniagaan baru Encik Amrie tahun ini.

Pendepanan FA
Lesu badannya sepanjang masa.
Masih teguh lagi binaan surau itu.
Lumpuh pesakit itu dengan tiba-tiba.

Pendepanan FS
Untuk ibu doa ini.
Di Kuala Lumpur dia sekarang.
Kepada pekerjanya arahan itu.

Kesimpulannya ayat-ayat bahasa Melayu mempunyai unsur-unsur keunikan serta kelainan khususnya dari segi binaan, pola, jenis, ragam, bentuk dan susunan.


8. Klausa

Klausa ialah unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat dan mempunyai potensi untuk menjadi ayat. Sebagai konstituen dalam pembentukan ayat, klausa terbahagi kepada dua jenis, iaitu klausa bebas dan klausa tak bebas (terikat).
Klausa bebas ialah klausa yang boleh beridiri sendiri dan boleh bersifat sebagai ayat yang lengkap apabila diucapkan dengan intonasi yang sempurna atau ditulis dengan kaedah yang betul. Sebaliknya klausa terikat tidak dapat berdiri sendiri.
Lihat contoh yang berikut ini:
dia berjaya Dia berjaya
(Klausa bebas) (Ayat)

kerana anda tekun berusaha Kerana anda tekun berusaha
(Klausa terikat) (Bukan ayat)

Klausa bebas dengan sifatnya sebagai ayat yang sempurna boleh juga menjadi sebahagian daripada ayat yang lebih luas dan kompleks seperti:
anda berjaya kerana anda tekun berusaha
(Klausa bebas) (Klausa terikat)

menjadi

Anda berjaya kerana anda tekun belajar



9. Subjek

a. Frasa Nama

Secara amnya, dalam bahasa Melayu, Frasa Nama (FN) sahaja yang dapat berfungsi sebagai subjek ayat.

Contoh Ayat
Subjek
i. Buku itu mahal harganya.
ii. Malaysia Negara berbilang kaum.
iii. “Negaraku” ialah lagu kebangsaan kita.
iv. Kenangan sering mengusik jiwa.
v. Pukulannya sungguh kuat.
Buku itu
Malaysia
Negaraku
Kenangan
Pukulan


b. Kata Ganti Nama, Kata Kerja dan Kata Adjektif

Subjek boleh juga terbentuk dariapada kata ganti nama dan kata kerja atau kata adjektif yang berfungsi sebagai Kata Nama.

a. Kata Ganti Nama

Contoh Ayat
Subjek
i. Saya mempengerusikan majlis tersebut.
ii. Beliau akan menulis novel.
iii. Ini makmal kami.
saya
beliau
ini



b. Subjek Kata Kerja dan Adjektif

Contoh Ayat
Subjek
i. Memasak menjadi kegemarannya.
ii. Bercakap memang mudah.
iii. Merah lambang keberanian.
iv. Lemah lembut sifat orang Timur.
memasak
bercakap
merah
lemah lembut